comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kebakaran di Pulau Ketam, seorang wanita dilaporkan hilang

 

PETALING JAYA: Seorang wanita dilaporkan hilang dalam kejadian kebakaran membabitkan tiga rumah di Bagan Teow Chew, Pulau Ketam, Klang, Selangor, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata wanita berusia 49 tahun itu dipercayai berada di dalam rumah ketika kejadian jam 12.45 tengah hari.

Susulan laporan kehilangan wanita itu, usaha mencari mangsa giat dilakukan.

Terdahulu, pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan jam 1.19 tengah hari.

Kerja-kerja memadamkan api dijalankan dengan bantuan pasukan bomba sukarela dan Balai Polis Pulau Ketam.

Ketiga-tiga rumah jenis kediaman kelas C terbakar 90 peratus .

Api yang merebak turut memusnahkan tiga bot nelayan serta tempat pemunggah ikan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

| ARTIKEL BERKAITAN 

Loading...
Terkini