Tumpuan :
Nasional

Kebakaran kereta di Johor Bahru tiada unsur jenayah

Foto tular

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan kes sebuah kereta Toyota Altis yang terbakar di jalan Jim Quee, dekat sini malam semalam berpunca dari lintar pintas di bahagian lampu kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selatan berkata, siasatan juga mendapati tiada unsur jenayah.

Dalam kejadian jam 7.15 petang semalam, pemandu kenderaan berkenaan berjaya keluar dari kenderaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku ketika pemandu kenderaan, seorang lelaki warga tempatan berumur 54 tahun sedang memandu di laluan berkenaan.

“Pengadu menyedari terdapat percikan api pada bahagian lampu hadapan kenderaannya sebelum memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Tidak lama kemudian, api telah marak dan membakar kenderaan terbabit” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba yang dihubungi tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7.25 malam.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan baik bagi mengelak insiden seumpama itu daripada berlaku.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini