comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran setinggan: PPS ditutup, mangsa dibenar pulang

11 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS di Dewan Kampung Melayu Pandan di sini telah dibenarkan pulang. Foto APM

JOHOR BAHRU: Kesemua 11 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Melayu Pandan di sini telah dibenarkan pulang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Azmi Rohani berkata, PPS yang dibuka pada jam 4 petang semalam akibat kebakaran enam buah rumah setinggan, ditutup pada 2 petang tadi.

“Kesemua keluarga dan penduduk yang terjejas telah dibenarkan pulang ke rumah sewa yang baru,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khirin Nisa Ismail memaklumkan kesemua mangsa di PPS tersebut adalah warganegara Indonesia.

Bagaimanapun bantuan atas dasar kemanusiaan tetap diberikan seperti makanan, air dan PPS sebagai tempat tinggal sementara.

Malah perbincangan dengan wakil Konsulat Jenderal Republik Indonesia juga telah diadakan bagi membantu rakyat mereka yang ditimpa musibah dalam kejadian kebakaran ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini