comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kebebasan media bermula dengan komitmen kerajaan benarkan laporan tanpa ancaman

Oleh: Juliana SharinKUALA LUMPUR: Kebebasan media bermula dengan komitmen kerajaan untuk membenarkan media melakukan tugas hakikinya iaitu melaporkan berita tanpa ancaman.

Mengulangi apa yang pernah ditegaskan, Perdana Menteri, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, Kerajaan Perpaduan komited terhadap kebebasan akhbar di negara ini selaras dengan hasrat Malaysia MADANI.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hadir di Majlis Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023

“Peranan media yang sering dirujuk sebagai tonggak ke empat atau ‘The Fourth Estate’ selepas legislatif, eksekutif dan kehakiman, adalah unsur paling kritikal untuk mendokong sebuah negara yang demokratik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir di Majlis Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 di ibu negara malam ini.

Turut hadir dalam majlis itu, Pengerusi Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Kamaruddin Mape.

Tambah beliau, Malaysia melompat 40 anak tangga menduduki anak tangga ke 73 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 atau World Press Freedom Index yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF) yang merupakan tertinggi di antara negara-negara ASEAN.

Jelasnya lagi, beliau amat bangga dan Perdana Menteri telah menjamin kebebasan media selain memastikan proses semak dan imbang terus subur serta berfungsi dengan baik.

Nga berpandapat melaporkan berita untuk menyampaikan kebenaran adalah suatu pekerjaan yang mulia.

Beliau turut mengajak tetamu yang hadir meluangkan masa seminit untuk berdoa dan bertafakur bagi mengenang wartawan-wartawan yang terkorban ketika menjalankan tugas, khusus buat 34 petugas media yang terkorban dalam serangan tentera Israel ke atas Palestine di Gaza.

Loading...
Terkini