comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kebocoran gas ammonia, 10 pekerja kilang dikejar ke hospital

 

SHAH ALAM: Seramai 10 pekerja sebuah kilang dikejarkan ke hospital susulan kebocoran gas ammonia di kilang terbabit di Jalan Keluli 1, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7 di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.15 pagi tadi.

“Siasatan mendapati, kejadian membabitkan kebocoran gas ammonia daripada injap tangki penyimpanan gas ammonia.

Susulan kebocoran gas ammonia, Pasukan HAZMAT sedang melakukan kerja menutup injap tangki penyimpanan gas yang bocor – Foto ihsan Bomba

“Maklumat terkini mangsa yang terbabit seramai 10 orang, iaitu lapan pekerja wanita dan dua pekerja lelaki termasuk seorang pekerja kilang bersebelahan.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam bagi rawatan selanjutnya. Kerja-kerja bagi menutup injap bocor sedang dilakukan oleh Pasukan Hazmat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di Seksyen 7.

“Setakat ini, polis dan bomba kini berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

“Semua pekerja dikejar ke hospital dan sudah mendapat rawatan oksigen dan keadaan mereka stabil,” katanya hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini