comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebolehan memanfaat teknologi dan digital tingkatkan kebolehpasaran siswazah

Oleh Shuhadah Marzuki

SHAH ALAM: Memanfaatkan teknologi tinggi dan pertumbuhan berasaskan digital dilihat mampu menjadi solusi mampan kepada isu pengangguran belia, kebolehpasaran siswazah, perlindungan pekerja serta pembangunan bakat.

Titah Pro Cancelor Universiti Teknologi MARA, UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, penguasaan dalam kedua-dua bidang itu turut mampu meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta taraf hidup sesebuah keluarga.

“Institusi-institusi pengajian tinggi perlu memastikan perangkaan pelan pengajian adalah selari dengan permintaan pasaran terutama dalam bidang-bidang yang boleh membentuk masa depan negara.”

Menyahut usaha untuk membina masa depan anak-anak bumiputera, UiTM telah merangka dan menawarkan 41 program baharu di peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda dan Pascasiswazah sejak tahun 2020 hingga 2022.

Program terlibat termasuk dalam bidang-bidang yang telah dikenal pasti memerlukan tenaga kerja mahir dalam usaha memacu Kerajaan Malaysia ke arah negara maju.

Titah Baginda lagi, matlamat penubuhan UiTM perlu dipenuhi agar keseimbangan guna tenaga dapat diwujudkan terutamanya untuk membantu anak-anak golongan B40 dan M40 dalam sektor pekerjaan.

Baginda bertitah sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-95 di Dewan Agung Tuanku Canselor di UiTM Shah Alam, pagi tadi.

Mewakili Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Permaisuri Norashikin turut menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada 104 graduan dalam pelbagai bidang dan 13 orang penerima Anugerah Graduan Terbaik tahun 2021.

Loading...
Terkini