comscore
Tumpuan :
Nasional

Kecilkan saiz, kurangkan gaji anggota Kabinet – Anwar

PUTRAJAYA: Kerajaan perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal menyaksikan pembentukan saiz Kabinet yang lebih kecil.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pihaknya juga akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet kerajaan perpaduan nanti dikurangkan ekoran perkembangan situasi ekonomi kini.

“Saiz Kabinet kecil dan saya minta supaya ahli Kabinet baharu bersetuju dengan usul saya untuk kurangkan gaji mereka.

“Tapi ini dalam proses perbincangan dan persiapan,” katanya pada sidang media, di sini.

Mengenai pembentukan Kabinet, Anwar  berkata ia akan diselesaikan secepat mungkin.

Loading...
Terkini