comscore
Tumpuan :
Nasional

Kedah tidak dianaktirikan, terima peruntukan pembangunan RM1.81b

Menteri Dalam Negeri, Senator Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail melakukan tinjauan ke Projek Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah / Anak Bukit, di sini hari ini.

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Perbezaan kerajaan persekutuan dan negeri tidak menjejaskan usaha penyaluran peruntukan bagi pembangunan negeri Kedah.

Menteri Dalam Negeri, Senator Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku Menteri Penyelaras dan Pengerusi Majlis Pembangunan Negeri berkata, tahun ini negeri Kedah menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM1.81 billion bagi tahun ini.

Jumlah ini katanya adalah peningkatan 25.7 peratus berbanding tahun 2023, yang melibatkan peruntukan sekitar RM1.4 billion.

“Peruntukan ini akan melibatkan 430 projek fizikal dan bukan fizikal, baru dan sambungan. Ketika Kedah memperuntukan sekitar RM100 juga bagi tujuan pembangunan, kerajaan persekutuan menurunkan RM1.81 billion.”

“Selain daripada kita merasakan ini adalah pendekatan yang paling tepat dalam meraikan perbedaan dari segi amalan demokrasi, tanggungjawab kerajaan persekutuan bagi keselasaan kepada rakyat itu kita tetap tunaikan,”katanya.

Justeru, beliau menolak tanggapan negeri pembangkang termasuk Kedah dianaktirikan dalam soal penyaluran peruntukan kerana perbezaan idelogi politik.

Projek pembangunan di Kedah antara lain menumpukan kepada projek tebatan banjir, dan sekolah daif.

“Ia dianggap sebagai projek yang perlu diberi pemantauan secara dekat, dan mampu memberikan manfaat langsung apabila ia berjaya dilaksanakan dengan baik.”

Datuk Seri Saifuddin berkata demikian selepas melakukan tinjauan ke Projek Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah / Anak Bukit, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan yakin projek RTB akan mengatasi masalah bencana banjir di bandar raya Alor Setar dan Jitra yang memberi impak kepada 63,000 penduduk di sekitarnya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad.

Loading...
Terkini