comscore
Tumpuan :
Nasional

Kediaman Anwar terus jadi tumpuan

Kediaman Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Long, Kajang

KAJANG: Kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Long terus menjadi tumpuan bukan sahaja pihak media, malah penyokong dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) selepas beliau diumumkan Perdana Menteri yang ke-10.

Antara yang kelihatan termasuklah anak beliau, Nurul Izzah, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim.

Dua kenderaan peronda polis turut dilihat bersedia di kediaman terbabit.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, pelantikan itu dibuat Al-Sultan Abdullah selepas memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu.

 

Loading...
Terkini