comscore
Tumpuan :
Nasional

Kediaman pemain pertahanan Selangor FC dipecah masuk

Rumah pemain pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee dipecah masuk.

SHAH ALAM: Kediaman pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee, dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor, di sini semalam.

Menurut laporan polis yang beliau kongsikan di Instagram, Khuzaimi kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport.

Laporan polis dibuat oleh mangsa pada jam 11:30 malam selepas pulang daripada sesi latihan berkenaan.

“Pada jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka.

“Saya buat pemeriksaan dalam rumah dapati ada barang-barang yang telah hilang seperti sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.

“Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti, tujuan saya membuat laporan adalah untuk tindakan lanjut daripada pihak polis serta pihak yang berkenaan,” menurut laporan polis yang dibuat beliau malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi memberitahu akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini