comscore
Tumpuan :
Nasional

Kediaman Tan Sri diserbu SPRM, kes perolehan bernilai RM4.5 bilion

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman ahli perniagaan bergelar Tan Sri kelmarin bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah mendapatkan perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan malaysia bernilai RM4.5 billion.

Turut diserbu – empat syarikat termasuk salah satu daripadanya adalah syarikat pembekal kenderaan kerajaan bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan.

Menurut sumber, kehadiran pegawai SPRM di kediaman ahli perniagaan yang terletak di ibu negara itu dipercayai dilakukan pada jam 10 pagi.

Tiga lagi syarikat yang diserbu adalah entiti yang melaksanakan pelaburan membabitkan kewangan milik Tan Sri itu.

Kehadiran pegawai SPRM di semua lokasi termasuk kediaman milik Tan Sri berkenaan adalah bagi memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.

Sumber berkata, dokumen itu diambil SPRM bagi penelitian lanjut dan melihat sama ada terdapat perlakukan rasuah dalam perolehan kontrak kerajaan.

Difahamkan Tan Sri berkenaan adalah pemegang saham individu tertinggi di dalam syarikat pembekal kenderaan kerajaan itu.

Susulan siasatan dilakukan SPRM, lebih 100 akaun persendirian dan syarikat yang di bawah kawalannya diperolehi SPRM bagi semakan lanjut namun tiada pembekuan akaun dibuat.

Buletin TV3 masih berusaha mendapatkan pengesahan SPRM berhubung perkembangan siasatan kes berkenaan.

Loading...
Terkini