KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu belum menerima sebarang aduan atau laporan berhubung sebuah syarikat yang kini disiasat atas dakwaan eksploitasi kanak-kanak.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin, bagaimanapun berkata, pihak polis akan terus memantau aktiviti syarikat terbabit di negeri itu.
“Kalau ada kesalahan kita akan siasat tapi setakat ini tiada lagi laporan diterima untuk pihak polis jalankan siasatan bagaimanapun kita memantau setiap pergerakan ahli-ahli mereka lah,”katanya.
Polis akan memantau sekurang-kurangnya dua atau tiga premis perniagaan diusahakan syarikat berkenaan di Terengganu.
Sementara itu tinjauan mendapati syarikat berkenaan menjalankan perniagaan restoran di bandaraya Kuala Terengganu selain kedai bakeri di Gong Badak, Kuala Nerus.
Sebelum ini media melaporkan seramai 402 orang kanak-kanak dan remaja berusia satu sehingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal syarikat terbabit di Negeri Sembilan dan Selangor.
Kanak-kanak terbabit dikatakan dieksploitasi bagi tujuan kutipan dana, derma dan sumbangan oleh syarikat yang didakwa serpihan sebuah kumpulan ajaran sesat.
Serbuan pihak polis menerusi Op Global itu mendapati turut terdapat kes liwat membabitkan penghuni dan individu dalam organisasi berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Op Global: 6 ditahan reman berkait kes pengabaian, amang seksual, cabul kanak-kanak
- Op Global: 171 kakitangan berkaitan syarikat disiasat, ditahan
- 402 kanak-kanak dieksploitasi di rumah amal diselamatkan polis
- Op Global: Mangsa diajar aksi tidak senonoh, tagih simpati minta sumbangan – KPN
- Memang liwat itu ada satu, dua – Pemimpin GISBH
- 39 lagi rumah amal GISBH dalam radar pemantauan – Polis
- Tutup dan batal pendaftaran sekolah terkait dengan GISB – MAIS