comscore
Tumpuan :
Nasional

Kehadiran harimau belang, Perhilitan jalankan siasatan 

Foto: Ihsan pembaca

HULU SELANGOR: Susulan aduan mendakwa kehadiran seekor harimau belang berkeliaran di kawasan jalan Kampung Orang Asli Serendah, di sini, kelmarin, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor akan mulakan siasatan.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan kehadiran hidupan liar itu memandangkan tiada rekod dilaporkan sebelum ini,” kata Pengarah PERHILITAN Selangor, Dennis Ten Choon Yung.

Ketika ditanya jantina harimau belang itu, Choon Yung memaklumkan pihaknya belum mempunyai maklumat dan akan mengemas kini dari semasa ke semasa.

“Kami menasihatkan penduduk kampung agar terus melaporkan kepada PERHILITAN Selangor sekiranya mengesan kehadiran haiwan itu,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar memaparkan tapak kaki binatang buas dipercayai harimau belang di sekitar kawasan kampung itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik sebuah laman Facebook, kesahihannya bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Loading...
Terkini