comscore
Tumpuan :
Nasional

Kehilangan ustaz Hafiz: Tiada petunjuk baharu, operasi SAR diperluas 

Oleh: Fatin Hanani Sahimi 

PETALING JAYA : Memasuki hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru lelaki dipercayai hilang di kawasan hutan di Pusat Rekreasi Sedim Jumaat lalu, diteruskan lagi hari ini dan diperluas ke Puncak Gunung Bintang sejauh 14 kilometer (km).

 

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Rahimi Ali ketika dihubungi berkata, setakat jam 10.50 pagi tadi, tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.

Jelasnya, kawasan pencarian telah diperluas kerana tempat berkenaan masih belum dijejaki.

“Operasi SAR hari ini dibahagikan kepada dua kumpulan, pertama seramai 20 orang dari Pusat Kawalan Bomba (PKB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), renjer hutan serta penduduk kampung ke Puncak Gunung Bintang, manakala kumpulan kedua seramai 11 di kawasan bahagian bawah.

“Operasi yang bermula seawal 8 pagi turut dibantu pasukan K-9 bersama dua ekor anjing pengesan,”katanya ketika dihubungi BuletinTV3.

Rahimi juga memaklumkan cuaca pada hari ini dalam keadaan baik dan akan meneruskan operasi sehingga mangsa ditemui.

Terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hafiz Jasmi, 38, pada jam 4.25 petang Jumaat lalu di kawasan berkenaan.

Semalam operasi SAR ditangguhkan jam 5.30 petang, berikutan hujan lebat dan disambung hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini