comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang di sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) serta kawasan Universiti Malaya (UM), di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit.

FOTO: JBPM & Foto awam

“Kami menerima maklumat pokok tumbang berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Klang Lama yang menghempap empat lori.

“Kita juga menerima laporan kejadian sama di kolej kediaman di UM membabitkan pokok tumbang menghempap tiang elektrik dan menghalang laluan utama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di sebuah apartmen di TTDI yang menghalang laluan utama.

FOTO: JBPM & Foto awam

“Sebatang pokok juga dilaporkan tumbang di Jalan Long Yew Koh, TTDI, mengakibatkan laluan utama terhalang.

“Semua kejadian tidak membabitkan mangsa. Kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang sedang dijalankan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung pokok tumbang di Jalan Templer menuju Klang Lama jam 6.19 petang tadi.

“Dalam kejadian itu, sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta, namun tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini