comscore
Tumpuan :
Nasional

Kejadian samun berpunca dari urusan jual beli kucing

Foto hiasan

PETALING JAYA: Punca kejadian samun di Bandar Utama Damansara, di sini, yang tular di media sosial, semalam, dipercayai kerana tidak berpuas hati dalam urus niaga menjual kucing.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M Hussin Solehuddin Zolkifly laporan berhubung kejadian itu dibuat mangsa lelaki berusia 26 tahun pada 18 Februari lalu.

“Susulan laporan itu, kami menahan dua lelaki dan merampas telefon bimbit, dua anak kucing jenis ‘British Short Hair’ dan ‘Munchkin’, dua beg kucing, kunci serta sebuah kereta Honda Civic yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Semakan dilakukan mendapati dua suspek terbabit masing-masing berusia 27 dan 29 tahun mempunyai rekod jenayah.

“Mereka kemudian direman selama lima hari bermula 19 Februari lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hussin berkata, kertas siasatan kes berkenaan sudah dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 20 Februari lalu.

“Kedua-dua lelaki itu dituduh mengikut seksyen sama di Mahkamah Petaling Jaya, kelmarin. Mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini