comscore
Tumpuan :
Nasional

Kelantan serah siasatan isu  penipuan mangsa banjir kepada PKOB

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Siasatan berhubung isu penipuan mangsa banjir yang didakwa ke pusat pemindahan sementara (PPS) semata-mata untuk mendapatkan bantuan telah diserahkan Kerajaan Negeri Kelantan  kepada jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Perkara itu disahkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berkata,  dakwaan itu perlu mempunyai bukti dan diambil tindakan jika benar kerana PPS disediakan hanya untuk mangsa banjir.

“Setiap PPS ada jawatankuasa (PKOB) yang akan mengawasi orang (mangsa berpindah) yang betul-betul ada di dalam. Kita harap orang yang daftar itu memang mangsa banjir.

“Jawatankuasa itu yang tahu. Itu dakwaan, kita harap tak berlakulah macam itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sanjungan Budi Sentuhan Abadi Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan di sini hari ini.

Beliau mengulas isu yang dilaporkan media pada 6 Disember lalu iaitu sebilangan penduduk di Kelantan didakwa sanggup menipu dengan berpindah ke PPS semata-mata untuk mendapatkan bantuan banjir sebanyak RM3,500 yang disediakan oleh kerajaan bagi setiap keluarga sedangkan kediaman mereka tidak terkesan bencana itu.

“Kita berharap orang yang mendaftar itu memang mangsa banjir dan perkara berkenaan juga perlu ada dalam pengetahuan penggawa serta penghulu,” katanya sambil menambah kerajaan negeri siap siaga mendepani gelombang kedua banjir jika berlaku selepas ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini