comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kelibat Buaya didakwa dirakam di Pantai Klebang

Tangkap layar video tular

MELAKA: Satu klip video memaparkan seekor buaya dipercayai spesies tembaga berenang di laut dikesan tular sejak kelmarin.

Rakaman berdurasi 24 saat itu turut disertakan keterangan mendakwa, ia dirakam di Pantai Klebang, hingga menimbulkan keresahan orang ramai terutama kaki pancing dengan kemunculan buaya bersaiz dewasa itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka, Petra Sulai bagaimanapun berkata, tiada laporan rasmi diterima pihaknya setakat ini berhubung rakaman itu.

Beliau berkata, pihak akan melakukan siasatan dan pemantauan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Kita akan melakukan siasatan bagi menentukan lokasi sebenar dan saya minta pihak yang merakam video buaya itu untuk menghubungi kami segera.

“Ia bagi membolehkan kami membuat pemantuan dan tindakan susulan,” katanya dihubungi Berita Harian.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini