comscore
Tumpuan :
Nasional

Kelindan lori maut dihempap muatan tembaga seberat dua tan di LPT2

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KEMAMAN: Seorang kelindan lori maut dihempap gulungan tembaga seberat dua tan sebelum lori kargo yang dinaikinya terbalik dan merempuh sebuah lori yang rosak di lorong kecemasan, di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Kejadian berlaku di Kilometer 257 sebelum susur masuk kawasan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing kira-kira jam 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian itu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khali Mutu Bashkaran, 39, manakala pemandu lori, Gengan Munusamy, 57, hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketika kejadian, lori terbabit dalam perjalanan dari Klang, Selangor untuk menghantar muatan tembaga di kawasan perindustrian di Kerteh.

Setiba di lokasi, lori yang dipandunya dikatakan telah melanggar bahagian kanan belakang sebuah lori rosak di lorong kecemasan membawa muatan makanan haiwan

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat manakala pemandu lori juga dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini