comscore
Tumpuan :
Nasional

Kelindan maut, pemandu parah nahas dua lori

SARIKEI: Seorang Kelindan lori maut manakala pemandunya parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 30, Jalan Bukit Berayang, Sebangkoi dekat sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkata, kejadian berlaku apabila lori dinaiki kedua-dua mangsa melanggar sebuah lagi lori dengan muatan baja.

Katanya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei diarahkan ke lokasi kejadian sejurus memerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.49 pagi.

“Setibanya dilokasi didapati dua lori terlibat nahas dengan dua mangsa masih tersepit di salah sebuah lori berkenaan.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum salah seorang daripadanya iaitu kelindan lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya menerusi satu kenyatan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sementara mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sarikei.

Pemandu dan Kelindan sebuah lagi lori dengan muatan baja tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini