PONTIAN: Seorang wanita yang keluar dari kediamannya di Taman Rambah, di sini sejak empat hari lalu, dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke pangkuan keluarga.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan wanita berusia 61 tahun itu daripada ahli keluarganya, semalam.
Katanya, siasatan awal mendapati kali terakhir wanita itu dilihat keluar dari kediaman pada 7 pagi, 26 September.
“Wanita ini dikenali Muniamah Vellay yang merupakan pesakit mental dan masih mendapat rawatan secara berkala setiap 2 bulan di Hospital Permai, Johor Bahru,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat wanita itu diminta melaporkannya kepada pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Shah Abdul Rasheed di 019-7578020 atau talian hotline 07-6871222.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa