comscore
Tumpuan :
Nasional

Keluarga Pengasas Dnars Skincare Sekali Lagi Tampil Buat Laporan Polis

Kecurigaan atau sangsi keluarga berhubung resolusi pertukaran nama saham syarikat milik pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, punca keluarga tampil membuat laporan polis kedua.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata laporan polis berkenaan dibuat bagi memohon siasatan berhubung isu resolusi pertukaran pemilikan saham syarikat wanita itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada tandatangan yang dibuat itu sah atau sebaliknya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Siasatan dibuat seiring dengan laporan polis yang dibuat terdahulu yang menuntut siasatan lanjut berhubung kematian Allahyarham,” katanya

Media sebelum ini melaporkan, keluarga kepada Allahyarham Faziani yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019, tampil membuat laporan polis menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian mangsa.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Tumpat selepas tiga tahun kematian pengasas produk berkenaan.

Loading...
Terkini