KUALA LUMPUR: Keluarga Raymond Goh menjunjung kasih keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas doa yang dititipkan baginda berdua kepada penyampai berita itu.
Penghargaan turut dirakamkan kepada sahabat, peminat dan pihak media yang prihatin akan keadaan kesihatan Raymond.
Menerusi satu kenyataan, isterinya Faridah Teh serta keluarga, turut meminta orang ramai untuk terus mendoakan untuk Raymond yang kini masih kritikal selepas diserang angin ahmar Rabu lalu.
Bagaimanapun semua pihak diminta memahami dan menghormati privasi keluarga dalam mengharungi detik mencabar dan sukar ketika ini.
Sebarang perkembangan terkini berhubung kesihatan Raymond akan dimaklumkan pihak keluarganya.
Artikel berkaitan: Agong, Permaisuri doa kesembuhan Raymond Goh