comscore
Tumpuan :
Nasional

Keluarga terbabit nahas dipercayai dalam perjalanan menjual sabun 

DUNGUN: Keluarga yang terbabit dengan kemalangan di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabur, berhampiran Hentian Sebelah Bandar Cheneh Baru, petang tadi, dipercayai dalam perjalanan untuk menjual sabun di Cheneh, Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, isteri kepada pemandu Naza Citra, Allahyarham Ammir Hussein Mohamad iaitu Norhafizah Sazwa Harun, 38, cedera dan kini dirawat di Hospital Kemaman.

“Norhafizah Sazwa yang mengandung itu cedera di bahagian perut dan seorang anak angkatnya, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Hanyan berkata, siasatan mendapati pemandu lori terbabit tidak mempunyai rekod lampau dan hasil ujian air kencing juga negatif dadah.

“Siasatan lanjut berhubung dengan kemalangan itu sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.05 petang tadi, tiga beranak maut di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabur, berhampiran Hentian Sebelah Bandar Cheneh Baru.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan MPV sebelum kedua-dua kenderaan itu bertembung.

Mangsa yang maut ialah Ammir Hussein Mohamad, 38, dan dua anaknya iaitu Ammzar Husszair Al Hussein Ammir Hussein, 4 tahun dan Ammzar Hussnayan Al Hussein Ammir Hussein, setahun.

Artikel berkaitan: Kemalangan lori 10 tan -MPV, tiga sekeluarga maut

Loading...
Terkini