comscore
Tumpuan :
Nasional

Kelulut bantu nelayan musim tengkujuh

Ketua Penyelidik Kumpulan Lebah dan Kelulut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Shamsul Bahri Abd Razak (belakang) bersama komuniti Kampung Pengkalan Gelap.

Oleh Aslina Abu Bakar

SETIU: Lebih 60 penduduk di Kampung Pengkalan Gelap di sini, yang terdiri daripada golongan nelayan dapat menarik nafas lega apabila pendapatan mereka di musim tengkujuh yang sepatutnya merosot diselamatkan dengan projek ternakan madu kelulut.

Ketua Penyelidik Kumpulan Lebah dan Kelulut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Shamsul Bahri Abd Razak berkata, projek kelulut pesisir pantai yang dijalankan sejak 2018 itu ternyata memberi manfaat kepada penduduk sekaligus meningkatkan sosioekonomi mereka.

Beliau ketika dihubungi berkata, sebahagian daripada 180 sarang kelulut yang terdapat di komuniti berkenaan turut menggunakan inovasi SmartHive yang telah dipatenkan hasil penyelidikan UMT, dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia.

Pemindahan ilmu kepada pelajar-pelajar sekolah di sekitar Setiu tentang peranan kelulut sebagai agen pendebungaan dan melestarikan alam sekitar disamping sebagai medium menjana pendapatan.

Katanya melalui kerjasama itu, petani tempatan juga dibantu mengembangkan perniagaan madu kelulut mereka dengan cara pengkomersilan hasil tuaian madu kelulut pada skala yang lebih besar.

“Kami menjalankan projek ini kepada golongan nelayan dan buat masa ini kita mempunyai 10 keluarga yang membabitkan 60 komuniti di kampung ini.

“Malah, kita juga membuka galeri dan pusat penyelidikan di kampung ini bertujuan memberi bantuan latihan kepada masyarakat termasuk pelajar sekolah bagi memberi kesedaran kepada mereka tentang peranan kelulut,”katanya.

Shamsul berkata, pihaknya memberi fokus kepada golongan nelayan kerana sumber pendapatan mereka akan merosot setiap kali musim tengkujuh selain membantu keluarga mereka untuk melakukan inovasi seperti penghasilan sabun, losyen, syampu dan pelbagai produk lain hasil daripada madu kelulut.

Isteri nelayan, Siti Rohani Mat Aruh menunjukkan hasil tuaian madu kelulut yang diperolehinya.

Mengulas mengenai inovasi smartHive Shamsul berkata, produk berkenaan bukan sahaja mudah diuruskan malah ia turut menggalakkan penduduk supaya tidak menebang pokok untuk dijadikan sarang kelulut.

“Selain itu, smartHive ini juga membantu memudahkan proses biak baka koloni kelulut selain penduduk boleh menggunakan produk ini secara lestari tanpa perlu menjejaskan alam sekitar.

Loading...
Terkini