comscore
Tumpuan :
Nasional

Kemarau Papar: RM20 juta diperlukan untuk bina ‘water intake’ alternatif 

Armizan  ketika Sesi Tinjauan Mesra Program Jualan Rahmah (PJR) dan Bazar Ramadan Rahmah di Tapak Tamu Mingguan Papar di sini hari ini.

Oleh: Safwan Sawi

PAPAR: Kira-kira RM20 juta diperlukan untuk pembinaan muka sauk di daerah Papar, Sabah sebagai langkah alternatif mendapatkan sumber air mengatasi masalah muka sauk sedia yang bermasalah dalam berdepan bencana kemarau ketika ini.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata peruntukan itu telah dipohon kepada kerajaan negeri Sabah dan berharap pertimbangan khas itu diluluskan supaya projek itu dapat dilaksanakan pada kadar segera untuk mengelakkan isu terbabit daripada berulang.

“Perkara ini telah sampai kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya.

Saya juga akan membawa perkara ini kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, biasanya kos untuk pembinaan satu muka sauk ini boleh mencecah RM20 juta

“Jadi walaupun kosnya tinggi kita merayu kepada kerajaan negeri dapat berikan pertimbangan khas sebab air ini bukan projek biasa bukan bina jalan raya tetapi sekiranya tidak ada masalah bekalan air urusan harian penduduk itu tertangguh.

Beliau yang juga menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata kepada media selepas Sesi Tinjauan Mesra Program Jualan Rahmah (PJR) dan Bazar Ramadan Rahmah di Tapak Tamu Mingguan Papar di sini hari ini.

Katanya, keadaan cuaca yang amat kering dan panas di Papar telah membawa kepada kebakaran kecil di banyak tempat.

Pada masa sama, impak paling teruk adalah dua Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) dan LRA Jetama di Kg. Limbahau, Papar telah terpaksa dihentikan operasi merawat air sejak 17 Februari 2024, iaitu sejak 29 hari lalu.

“Ini kerana sumber air mentah yang sampai ke muka sauk ‘water intake’ kedua-dua LRA tersebut mempunyai kadar kemasinan yang amat tinggi. Standard piawaian kadar kemasinan yang dibenarkan untuk air mentah dirawat adalah 120 mg/L ke bawah.

“Sejak hampir sebulan, kadar kemasinan sumber air yang sampai ke muka sauk kedua-dua LRA tersebut adalah jauh melebihi standard yang ditetapkan dengan bacaan terkini pada pukul 8 pagi tadi, 16 Mac 2024 adalah telah mencecah 4,277 mg/L,” katanya.

Justeru menurut Armizan pemberhentian operasi kedua-dua LRA itu juga telah menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih 50 ribu penduduk.

Jelas Armizan lagi musim kemarau di Papar telah menghampiri dua bulan, dan ditambah teruk lagi dengan kesan fenomena el-nino. Cuaca kemarau ini dijangka berterusan di Papar sehingga hujung bulan Mac ini.

Rabu lalu, Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah mengisytiharkan Papar sebagai daerah dilanda bencana kemarau susulan krisis bekalan air kritikal dihadapi sejak beberapa bulan lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini