comscore
Tumpuan :
Nasional

Kematian seorang wanita di bilik hotel tiada unsur jenayah – Polis

ACP Raub Selamat (Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan)

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah membabitkan kes kematian seorang wanita di sebuah bilik hotel, di bandar ini, awal pagi tadi.

Ketua polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, hasil siasatan mendapati tiada tanda-tanda berlaku pergelutan dalam bilik hotel wanita terbabit.

Katanya, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai seorang wanita yang tidak sedarkan diri dalam bilik hotel kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Hasil pemeriksaan oleh pegawai kesihatan kementerian kesihatan (KKM) yang tiba dilokasi mengesahkan wanita berumur 40an itu telah meninggal dunia.

“Kes disiasat di bawah mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian” jelasnya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian Hotline ibu pejabat polis Johor Bahru Selatan (JBS) 07- 2282323 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Asri Jamalin ditalian 014-6270324 bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini