comscore
Tumpuan :
Nasional

Kementerian Kesihatan siasat dakwaan pesakit meninggal dunia kerana ventilator gagal berfungsi

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan. – FOTO: NSTP.

KUALA LUMPUR: Akhbar New Straits Times melaporkan Kementerian Kesihatan memandang serius dakwaan kononnya seorang pesakit meninggal dunia manakala seorang lagi diisytiharkan mengalami mati otak (brain dead) susulan ventilator gagal berfungsi dalam dua wad berasingan di sebuah hospital di Lembah Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan ketika dihubungi akhbar itu berkata beliau akan berkongsi maklumat lanjut berhubung dakwaan itu sebaik siasatan selesai.

Katanya, kementerian belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kes seperti itu di Malaysia.

“Apa-apa pun kami memandang serius dakwaan yang dibuat oleh portal berita itu. Kes kini disiasat dan kementerian masih berusaha mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan itu,” katanya.

Sebuah portal berita tempatan sebelum ini melaporkan berdasarkan sumber mereka, seorang pesakit meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami mati otak didakwa akibat ventilator gagal berfungsi dalam tempoh seminggu di dua wad berasingan di sebuah hospital di Lembah Klang.

Menurut sumber itu, kakitangan perubatan berusaha memulihkan pesakit yang tidak sedar itu dan mendapati ventilator yang disambungkan kepadanya gagal berfungsi.

Sumber itu turut mendakwa terdapat dua kes lain yang dikaitkan dengan ventilator gagal berfungsi.

Dalam salah satu kes itu, seorang pesakit dilaporkan kembali sedar selepas pasukan perubatan memberikan bantuan pernafasan (CPR) manakala keadaan seorang lagi pesakit masih belum disahkan.

Siasatan dalaman dikatakan telah dilakukan bagi mengetahui punca sebenar ventilator berkenaan gagal berfungsi.

Loading...
Terkini