comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Kempen #HappyLongLongTime anjuran Media Prima Berhad semarak CNY 2024

Lebih menarik, video muzik Happy Long Long Time berlatarbelakangkan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina di pelbagai zaman turut dirakam. -Foto Ihsan 8TV

PETALING JAYA: Meraikan tahun naga dengan pelbagai pengisian mantap, Media Prima Berhad (MPB) melancarkan kempen #HappyLongLongTime sempena Tahun Baharu Cina yang bakal disambut rakyat Malaysia, tidak lama lagi.

Kempen ini diterajui saluran bahasa Mandarin nombor satu di Malaysia iaitu 8TV dengan disokong rakan rasmi pelbagai platform seperti saluran radio Eight FM, portal video Tonton, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) serta rangkaian televisyen (TV) beli-belah WOWSHOP.

8TV memperkenalkan 25 CNY Buddies merangkumi selebriti, penyampai TV3 dan radio yang melancarkan album CNY 2024 serta barangan eksklusif Happy Long.

Selain itu, CNY Truck bakal menjelajah ke beberapa lokasi di Malaysia dan paling menarik, tentunya pelbagai program menarik bagi menambah keriangan dan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina 2024.

Ketua Pegawai Operasi 8TV, Kevin Foo berkata, tema #HappyLongLongTime menggambarkan tuah dan kebahagiaan sentiasa bersama rakyat Malaysia.

“Semoga ini sentiasa membawa berkat dan rezeki yang berterusan setiap hari agar kita dapat tempuhi cabaran hidup dengan lebih positif dan optimis.

“Selain itu, kami berharap generasi muda dapat menghayati erti sebenar sambutan Tahun Baharu Cina serta warisan kebudayaan masyarakat Cina.

 

Kemeriahan Tahun Baharu Cina pasti dirasakan melalui kempen #HappyLongLongTime diterajui 8TV. Foto Ihsan 8TV

“Ini boleh dilihat melalui aktiviti yang disediakan seperti tarian naga. Kita juga mahu generasi muda mewarisi kekayaan dan keindahan budaya ini demi membina masa depan yang lebih indah,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, 8TV dalam kenyataan menyebut, lagu tema Tahun Baharu Cina 2024 dinyanyikan CNY Buddies. Antara mereka yang terbabit dalam rakaman lagu itu adalah Owen Yap; Ong Ching Yee; Tan Chia Yong; Tan Ley Teng; KK Wong; Cherly Lee; Rickman Chia dan Orange Tan.

Lebih menarik, video muzik Happy Long Long Time berlatarbelakangkan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina di pelbagai zaman turut dirakam.

Selain itu, 8TV menambah, single You Ni Zhen Hao yang dinyanyikan barisan penyampai 8TV popular iaitu Owen Yap, Ong Ching Yee, Rickman Chia dan Orange Tan dengan beberapa bakat baharu turut dihasilkan.

Nantikan juga program menarik sempena Tahun Baharu Cina 2024, termasuk drama bersiri dan telefilem istimewa yang akan disiarkan 8TV.

Dalam keriangan menyambut Tahun Baharu Cina 2024, 8TV tidak lupa kepada golongan kurang bernasib baik. Sempena ulang tahun ke-20 8TV, program khidmat masyarakat iaitu Project Love edisi Tahun Baharu Cina akan menziarah dan menghulurkan bantuan ke pusat penjagaan kanak-kanak terencat akal di bawah kendalian Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Malaysia.

Layari akaun rasmi sosial media 8TV di Facebook (FB) @8TVbadukongjian, Instagram (IG) @8tvmalaysia dan FB serta IG @bestoflocal8TV untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tahun Baharu Cina 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini