comscore
Tumpuan :
Nasional

Kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ tarik 1,000 jemaah di Olak Lempit

Kira-kira 1,000 jemaah hadir sambut Kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ diadakan di Masjid Nurul Huda, Kampung Olak Lempit di sini hari ini.

SEPANG: Kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ yang julung kali diadakan Masjid Nurul Huda, Kampung Olak Lempit di sini hari ini berjaya mendapat sambutan kira-kira 1,000 jemaah.

Nazir masjid, Muhammad Aminuddin Mohamad Mansor, 35,berkata, inisiatif ini dilaksanakan dengan niat mengajak orang ramai datang ke masjid kerana sebelum ini hanya empat saf jemaah hadir menunaikan solat Subuh berjemaah.

Menurutnya, ia diwar-warkan dalam masa singkat, namun pihaknya bersyukur idea itu berjaya menarik kehadiran penduduk setempat terutama golongan muda.

“Inisiatif ini juga menjadi persediaan kepada jemaah kerana bulan Ramadan bakal tiba dan ia menjadi salah satu usaha melipat gandakan pahala puasa dengansolat secara berjamaah di masjid selain solat sunat terawih,” katanya.

Solat Subuh diimamkan Muhammad Qaedi Masnan dan selepas selesai diadakan kuliah subuh disampaikan penceramah jemputan, Ustaz Redzua Nahar.

Jemaah yang hadir turut berpeluang menikmati sarapan nasi lemak daun pisang yang disediakan pihak penganjur.

Loading...
Terkini