comscore
Tumpuan :
Nasional

Kemuka sijil palsu, peserta Felo Perdana dibuang daripada program

Oleh : Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan seorang peserta program Felo Perdana yang
ditempatkan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan ditamatkan daripada menyertai  program itu kerana mengemukakan sijil tidak tulen.

KBS dalam satu kenyataan menegaskan, pelajar universiti awam di ibu negara itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian semasa permohonan program berkenaan.

Bagaimanapun, semakan mendapati sijil yang dikemukakan bagi satu pencapaian yang disenaraikan adalah tidak tulen.

“Justeru berkaitan isu ini, beliau akan ditamatkan daripada menyertai program Felo Perdana kerana telah melanggar terma perjanjian program,” menurut kenyataan itu.

Beliau bagaimanapun akan ditawarkan untuk mengikuti sesi kaunseling.

KBS juga akan memulakan siasatan untuk memastikan pelaksanaan program terbabit diperkukuhkan pada masa hadapan.

Program Felo Perdana merupakan program mentoring dan internship dengan matlamat melahirkan belia berdaya saing dan memahami sistem pentadbiran negara.

Program in telah berjaya menghasilkan 763  Felo sejak dilancarkan pada  2013.

Pengambilan semua Felo telah melalui prosedur ditetapkan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan tapisan keselamatan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

Loading...
Terkini