comscore
Tumpuan :
Nasional

Kenaikan Kadar Bayaran, Program RMT Tidak Terjejas

Oleh: Rohaniza Mat Isa

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tidak akan terjejas dengan kenaikan kadar bayaran yang bermula bulan ini, susulan pembentangan Bajet 2023, 7 Oktober lalu.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memberi jaminan itu dan berkata ia tidak menggunakan peruntukan belanjawan untuk tahun depan, sebaliknya menggunakan dana yang sudah sedia ada.

“Kita sedang bincang (jumlah) peruntukan itu. Biasa kalau sudah umum, maknanya sudah ada peruntukannya. Kita akan bincang balik dengan Kementerian Kewangan apa pendekatan pelaksanaan untuk tahun ini,” katanya selepas membuat Pelepasan Peserta PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Putrajaya – Genting Highlands, di Dataran Putrajaya, siang tadi.

7 Oktober lalu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kenaikan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 kepada RM3.50untuk Semenanjung dan RM3.00 kepada RM4.00 ringgit bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Loading...
Terkini