comscore
Tumpuan :
Nasional

Kenderaan EXCO Johor dicuri dalam masa 180 saat

Kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux milik seorang exco kerajaan negeri didakwa dilarikan pencuri dalam kejadian awal pagi tadi. FOTO NSTP/FACEBOOK

KULAI: Kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux milik seorang EXCO kerajaan negeri didakwa dilarikan pencuri dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.30 pagi dan ketika kejadian kenderaan itu diletakkan di hadapan dan luar pagar rumah di kawasan Batu 21, di sini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan sehingga kini kenderaan pacuan empat roda itu masih belum ditemui.

“Ada kamera litar tertutup di kawasan kejadian, tetapi jauh menghala ke lokasi parkir kereta.

“Dalam tahun ini, tiada kes kenderaan hilang dilaporkan di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Terdahulu, exco kerajaan negeri itu membuat hantaran di Facebooknya memaklumkan Toyota Hilux berwarna merah hilang kerana dilarikan pencuri.

“Dalam masa 180 saat atau tiga minit, kereta Hilux 2.8cc boleh dicuri tanpa kunci. Mohon bantuan untuk laporkan sekiranya terjumpa dan boleh hubungi 011-69937976,” tulisnya.

Menurut Tan, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
 
 
Loading...
Terkini