comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kenderaan pemimpin PN keluar dari kediaman Muhyiddin

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dilihat meninggalkan kediaman peribadi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara setelah hampir lima jam mengadakan pertemuan.

Kenderaan itu keluar secara berperingkat bermula jam 2.45 petang tadi.

 

Antaranya, kenderaan membawa Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, pemimpin berkenaan berkumpul di kediaman itu sejak jam 9.50 pagi.

Difahamkan, pertemuan pemimpin PN dipercayai bagi berbincang berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam yang memberi tempoh kepada parti politik untuk membentuk kerajaan sehingga jam 2 petang tadi.

Loading...
Terkini