Tumpuan :
Nasional

Kenderaan penduduk diparkir berhampiran SMKA Presint 11 ditenggelami air

Kenderaan penduduk yang diparkir berhampiran SMKA Presint 11 ditenggelami banjir.- Foto tular

PUTRAJAYA: Beberapa kenderaan penduduk yang diparkir berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Presint 11 di sini, ditenggelami banjir kilat susulan hujan lebat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku pada jam 4.50 petang.

Menurutnya, situasi berada dalam keadaan terkawal dan air dilaporkan sudah surut sepenuhnya.

Katanya, setakat ini polis masih belum menerima laporan daripada pemilik kenderaan yang ditenggelami air.

“Penduduk dinasihatkan agar memastikan kenderaan diletakkan di kawasan selamat dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, anggota bomba bersama jentera dan polis turut berada di kawasan banjir bagi memantau keadaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini