comscore
Tumpuan :
Nasional

Kenyataan kontroversi: Polis siasat Zul Huzaimy

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan ke atas pelakon, Zul Huzaimy susulan dakwaan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dan ugutan.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata mengesahkan menerima laporan berhubung video kontroversi oleh Zul Huzaimy.

Menurutnya, siasatan berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular rakaman video ceramah pelakon itu di atas pentas dikaitkan dengan Pas, mengandungi kenyataan kontroversi berbaur perkauman.

Kenyataan sensitif pelakon itu dikatakan dirakam pada satu program di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.

Zul Huzaimy kemudian menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, memohon maaf atas ucapan itu yang didakwanya disalah anggap.

Menurutnya, video tular itu perlu ditonton secara penuh bagi memahami maksud yang sebenar.

Loading...
Terkini