comscore
Tumpuan :
Nasional

Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 perlu dimanfaat, tingkatkan profil dan nama negara – PM

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Perdana Menteri menyeru jentera kerajaan memanfaatkan sebaik mungkin Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 sebagai landasan untuk meningkatkan profil serta nama negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah penting agar penekanan yang lebih diberikan untuk “merakyatkan ASEAN” dan merealisasikan Komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat dalam memacu pembangunan dan pertumbuhan serantau secara kolektif dalam kerangka ASEAN.

“Saya singgung akan peri pentingnya memastikan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 yang lancar, berjaya dan bermakna dengan persediaan rapi,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

Perkara itu disentuh beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Peluncuran Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, hari ini.

“Sesi itu membincangkan persediaan dari sudut substantif dan logistik bagi Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia yang akan bermula 1 Januari 2025,” tambahnya.

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

Mesyuarat itu disertai oleh Menteri, Timbalan menteri, Ketua Setiausaha, Ketua perkhidmatan kerajaan dan ketua agensi yang berkaitan.

Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

Loading...
Terkini