comscore
Tumpuan :
Nasional

Kepimpinan negara dinasihat untuk tidak leka dengan jawatan disandang

KUCHING: Kepimpinan yang dipilih bagi mewakili suara rakyat pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) lalu dinasihat untuk tidak leka dengan jawatan yang disandang sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jawatan yang disandang itu bermaksud ia membawa satu harapan tinggi rakyat bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Menurut beliau, amanah itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan kerana ianya pasti akan dinilai oleh segenap rakyat di negara ini.

“Sebab itu saya kata ucap takziah terlebih dahulu kepada dengan saya kerana ia mengingatkan saya bahawa saya kena laksanakan tugas dan amanah ini dengan sebaik mungkin.

“Jikalau dalam tempoh lima tahun selepas ini , saya berjaya melaksanakan tugas saya dengan baik barulah anda semua capkan tahniah kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Apsrisiasi Jentera GPS Parlimen Petra Jaya di Kuching.

Fadillah dalam pada itu turut optimis Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pasca PRU-15 lalu mampu mengembalikan negara sebagai salah satu kuasa ekonomi di Asia Tengara seperti sebelum ini sehingga digelarkan sebagai “The Tiger of Asia”.

Walaupun harapan terbabit agak tinggi namum ia boleh dicapai menerusi kerjasama semua pihak termasuk akar umbi dalam memastikan kestabilan ekonomi dan politik negara sentiasa terjamin.

Loading...
Terkini