comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Keputusan akhir dibuat pengurusan tertinggi, saya hanya makan gaji – DJ Lin

DJ Lin – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin menjelaskan keputusan untuk menamatkan kontrak bekas penyampai Suria FM, Tyzo adalah dari keputusan akhir pihak pengurusan tertinggi Suria FM.

“Mungkin ada hikmah menanti saya. Saya ini hanyalah kakitangan dan makan gaji saja.

“Cuma bezanya saya ini bukan staf kontrak seperti penyampai radio lain. Tapi segala keputusan akhir membabitkan penyampai dan masa depan Suria FM adalah daripada pihak pengurusan tertinggi Suria FM,” katanya.

Menurut DJ Lin, dia tidak menyangka permulaan tahun 2024 menjadi begini dan terpaksa berdepan kontroversi yang amat dahsyat.

Dia mengaku terkesan dengan kecaman hebat daripada netizen yang tidak mengetahui cerita sebenar berhubung kenyataan Tyzo mendakwa dia dianiaya oleh DJ Lin.

Menurut DJ Lin, dia bagaimanapun memohon doa agar Allah memberi keredaan kepadanya menerima segala ujian yang berlaku.

“Tipulah kalau saya katakan tidak terasa hati atau terkesan dengan kecaman negatif yang sangat hebat daripada netizen ketika ini.

“Cuma saya berdoa kepada Allah supaya saya reda atas apa yang terjadi. Saya terima jika ini adalah ujian untuk mematangkan saya.

“Lagipun saya pun baru berhijrah (bertudung) dan masih belajar untuk menguatkan emosi. Setiap hari saya cuba reda dengan segala ketentuan ini.

“Saya kena kuat demi jenama Suria FM. Cuma saya ingin tegaskan saya berada di pihak yang benar dan kesalahan (tuduhan) yang dilemparkan itu saya tidak lakukan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Star Media Radio Group Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse menegaskan, beliau bertanggungjawab ke atas keputusan menamatkan kontrak Tyzo.

“Yang membuat keputusan sama ada kontrak Tyzo dipanjangkan atau tidak, saya sendiri. Saya telah membuat keputusan itu atas pendapat saya dan selepas saya memberi ‘consideration’ dan sebagainya, saya buat keputusan untuk tidak menyambung kontrak Tyzo dan saya beritahu pihak pengurusan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini