Tumpuan :
Nasional

Keputusan jadi warganegara dalam tempoh setahun bermula tahun depan – KDN

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

KUALA LUMPUR: Setiap permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan akan mendapat keputusan dalam tempoh setahun, mulai tahun hadapan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan berkenaan adalah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan isu kewarganegaraan ini ditangani dengan efisien.

Katanya, ia juga sebahagian komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan hak rakyat terjaga dan terbela.

“InsyaAllah, mulai tahun hadapan, setiap permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan akan mendapat keputusan dalam tempoh satu tahun. Ini adalah SOP yang saya tetapkan untuk pasukan KDN,” katanya di laman sosialnya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sejak 21 Disember 2022 sehingga 27 November 2024, KDN sudah selesai membuat pertimbangan sebanyak 32,408 permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

“Ada juga permohonan yang menunggu lebih daripada lima tahun dan Alhamdulillah, lebih 80 peratus permohonan ini sudah selesai saya pertimbangkan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini