comscore
Tumpuan :
Nasional

Keputusan Perubatan Ainul Mardhiah Normal – Ibu

PETALING JAYA: Keputusan perubatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menunjukkan semuanya dalam keadaan normal.

Perkara itu dikongsikan ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi menerusi status di laman Instagramnya hari ini.

Menurut Nurul Erwani anak kesayangannya itu masih dalam keadaan pasif akibat serangan sawan semalam.

“Perkembangan untuk malam ini. Keputusan CT otak dan ultrasound dah keluar. Semua normal, otak dia normal, perut pun normal.

“Alhamdulillah ALLAH SWT maha penyayang. Ainul masih tidak berapa bergerak (pasif).

“Mungkin dia masih tengah dalam fasa pemulihan dari serangan (sawan) semalam. Dia penat mungkin,” tulis Nurul Erwani.

Nurul Erwani memohon doa orang ramai agar anaknya itu kuat semangat dan kembali pulih.

Hari ini memasuki hari kesembilan Ainul, mendapatkan rawatan di hospital selepas kritikal akibat jangkitan virus.

Kanak-kanak berusia 4 tahun itu terpaksa direhatkan serta memerlukan sokongan ventilator Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Loading...
Terkini