comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan Akan Kaji Bantuan Kepada Pelajar Luar Kawasan Pulang Mengundi

| Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

AMPANG : Kerajaan akan membuat kajian secara menyeluruh berhubung kaedah yang akan digunapakai untuk membantu mahasiswa Sabah dan Sarawak serta pelajar semenanjung yang berada di kedua-dua negeri itu untuk pulang mengundi.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemui media petang tadi.

‘Kita akan lihat nanti, kita akan lihat dan kaji secara menyeluruh’ katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Ekspresi @ Finas 2022 (Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia) di Kompleks Studio Merdeka, Finas, Hulu Klang.

Program tersebut turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Finas, Senator Datuk Seri Zurainah Musa.

Dalam laporan Buletin TV9 semalam, Alumni Universiti Malaya (UM) Wan Afiq Ikhwan Wan Alias meminta kerajaan mempertimbangkan pengaplikasian undi Pos serta subsidi penerbangan pulang mahasisiwa ke lokasi pengundian masing-masing.

Selain itu, Majlis Belia Malaysia turut meminta kerajaan mempertimbangkan tol percuma sekaligus meringankan beban kelompok itu yang rata-ratanya dibebani limitasi kewangan.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelepasan lima hari untuk golongan mahasiswa pulang mengundi sekaligus menarik pengundi remaja menunaikan tanggungjawab pada Pilihanraya Raya Umum ke-15 pada 19 November ini.

Loading...
Terkini