comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan belum muktamadkan kajian semula skim penjawat awam – Fahmi Fadzil

 Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyantuni Norazlin Mohamad, 52, selepas menyampaikan sumbangan di Kampung Pulai, Merlimau hari ini.- Foto: NSTP

JASIN: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sistem saraan perkhidmatan awam masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci sedang dilaksanakan kerajaan.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata setakat ini, belum ada pengumuman khusus terhadap skim saraan baharu itu, selain pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memaklumkan suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.

“Maka, pendirian saya, kita memberi peluang kepada pihak yang berwajib untuk memberikan penjelasan dan insya-Allah, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tadi memberikan penjelasan yang lebih penuh akan diberi termasuk konteks (berhubung skim baharu itu) sama ada bebanan hutang negara dan juga sebarang implikasi kewangan yang memberi kesan dari segi perbelanjaan mengurus setiap tahun di peringkat Persekutuan.

“Jadi, sekiranya kita ingin memberi komen, bagi saya wajar kita bersikap adil dan mendapatkan penjelasan penuh (daripada pihak berkaitan),” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA di Kampung Pulai, Serkam hari ini.

Loading...
Terkini