comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan bercadang untuk aktifkan semula ‘Malaysia Cruise Council’

Oleh: Syafiqah Damanhuri, Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk mengaktifkan semula ‘Malaysia Cruise Council’ yang menghubungkan pembuat dasar dengan pemain industri bagi menetapkan halatuju industri itu untuk mengatasi sebarang halangan yang merencat pembangunannya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ia bagi menambahbaik infrastruktur pelabuhan serta tadbir urus perkastaman, imigresen dan kuarantin (CIQ).

Kerjasama itu juga perlu merentas kementerian dan kerajaan negeri.

“Kita di MOTAC mesti berkerjasama dengan Kerajaan Negeri masing-masing. Untuk rancangan daripada Kerajaan Negeri industri pelayaran kami cuma boleh buat promosi.

“Bagi jeti ini yang terlibat adalah Kerajaan Negeri dan Kementerian Pengangkutan mesti bersedia. Kami bersedia untuk menjalankan promosi di mana-mana negara.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali mengenai strategi kerajaan untuk mengembang dan merancakkan industri pelancongan pelayaran di beberapa sungai berpotensi di negara.

Terdahulu ketika menjawab soalan mengenai industri itu di Sandakan, Sabah, katanya Kementerian Pengangkutan juga telah menjemput pihaknya bersama dengan Tourism Malaysia menghadiri satu perbincangan pada 3 Mei lalu.

Ia bagi mengenalpasti langkah yang perlu diambil untuk menghidupkan semula industri pelayaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini