comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan buka sub sektor pelancongan

KUALA LUMPUR: Sub-sektor pelancongan akan dibuka semula mulai 1 Julai ini bagi menggalakkan industri pelancongan domestik.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sub-sektor itu membabitkan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE), pelancongan dan pameran perdagangan, spa serta pusat urut kaki.

“Bagi sub-sektor MICE serta pelancongan dan pameran perdagangan, hanya 250 orang dibenarkan pada satu-satu masa dan semua pengunjung perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

“Pihak penganjur perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) seperti pendaftaran pengunjung dan pemeriksaan suhu badan, pengawalan keluar masuk pengunjung serta penjarakan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Loading...
Terkini