comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan cadang perkenal bingkai plat khas untuk ZEV – Loke

Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan bingkai plat khas bagi kenderaan bebas emisi (ZEV) atau kenderaan elektrik untuk membezakan antara ZEV dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke berkata bingkai plat khas itu akan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar ZEV dan dipasang terus pada kenderaan berkenaan sebelum diserahkan kepada pembeli.

“Kita akan perkenalkan plat khas, bukan nombor pendaftaran kenderaan, ini bagi membezakan antara ZEV dan ICE.

“(Bingkai) plat ini akan dikeluarkan oleh syarikat kenderaan ZEV, jadi kita akan bekerjasama dengan mereka, (untuk tentukan) bahan yang akan digunakan dan sebagainya. Saya tidak mahu umumkan hari ini, tunggu nanti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 1 Julai lepas, Loke dilaporkan berkata kerajaan bercadang memperkenalkan nombor pendaftaran khas bagi ZEV untuk membezakan model itu dengan ICE serta memudahkan kerja penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya berlaku kemalangan.

BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini