comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan cadang perluas program MyLesen pastikan industri bas berdaya saing

SUNGAI PETANI: Kerajaan bercadang memperluaskan perlaksanaan program MyLesen membabitkan lesen perkhidmatan kenderaan awam (PSV) kelas E dalam usaha memastikan industri bas lebih berdaya saing dan selamat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, ia berikutan pihaknya menerima maklumat daripada pengusaha perkhidmatan bas bahawa mereka sukar mendapatkan individu yang mahu bekerja sebagai pemandu kenderaan itu.

“Kita memang kekurangan pemandu bas sama ada pemandu bas henti-henti atau bas ekspres.

“Saya difahamkan oleh pengusaha industri bas memang sukar untuk mendapat pemandu bas, bukan sahaja untuk rekrut tetapi juga untuk kekalkan.

“Sebab itu kita buat program ini, nak melatih pemandu untuk mendapat lesen E. Kita mahu melahirkan pemandu yang baik dan berhemah supaya memastikan industri perkhidmatan bas juga dapat berdaya saing dan selamat, itu yang penting,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan di Sungai Petani, Kedah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penghijrahan pemandu bas ke Singapura untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi antara punca negara kekurangan pemandu pengangkutan itu.

“Sebab itu kita berhasrat melaksanakan satu program untuk melatih dan melesenkan pemandu bas.

“Program itu sama seperti yang kita lancarkan, calon yang layak akan mengikuti kelas di institut memandu dan menduduki ujian, semua ditanggung oleh kerajaan. Kita jangka program itu akan dlaksanakan tahun ini juga,” katanya.

Loading...
Terkini