comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan dicadang beri subsidi bersasar setiap bulan

 

PETALING JAYA: Kerajaan boleh memberikan subsidi secara bersasar kepada rakyat melalui pemindahan tunai secara bulanan, berbanding mekanisme subsidi pukal yang dilaksanakan ketika ini.

Cadangan itu diutarakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang melihat sistem pemindahan tunai membolehkan golongan sasar menggunakan wang subsidi yang diberikan terus kepada mereka untuk membeli barang keperluan pada harga pasaran.

Ia berbanding subsidi pukal yang bersifat regresif, memanfaatkan golongan berpendapatan tinggi selain terdedah kepada ketirisan.

Memberi contoh subsidi minyak masak, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan Dua berkata, kerajaan mengeluarkan 60,000 tan metrik minyak masak bersubsidi sebulan.

Namun masih terdapat rakyat yang tidak dapat membelinya malah pemberian bersubsidi itu turut dinikmati warga asing.

“Jadi, saya sarankan kerajaan lihat semula pengedaran minyak masak ini kerana ada banyak ketirisan.

“Kalau kerajaan betul-betul nak bantu rakyat luar sana iaitu mereka yg terdiri  B40 dan M40, kita jangka 5kg yg mereka pakai jadi kita bagi cash transfer jer. Jadi, kita dapat menjimatkan berbilion ringgit,”  kata Datuk Seri Johari ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat siang tadi.

Pada perbentangan Belanjawan 2024 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melakukan penyasaran semula subsidi secara berfasa bermula tahun depan.

Hasil penjimatan daripada pendekatan itu akan disalur untuk meningkatkan peruntukan (STR) daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Loading...
Terkini