comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan hargai sumbangan usahawan Cina di Malaysia

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Kerajaan  memperakui dan menghargai peranan dimainkan usahawan Cina di Malaysia ke peringkat global,selain memikul tugas memacu ekonomi tempatan dan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di bawah Rangka Ekonomi MADANI,  kerajaan memberi jaminan untuk mengukuhkan landskap ekonomi, memupuk persekitaran yang kondusif untuk pelaburan dan inovasi.

“Dalam keadaan dunia yang mencabar ketika ini, usahawan cina di peringkat global masih boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam kerjasama ekonomi serantau, memastikan keselamatan rantaian bekalan dan mempromosikan
agenda pembangunan sosio-ekonomi”

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan ketika menghadiri Konvensyen Usahawan Cina di sini hari ini.

“Dari Asia Tenggara ke Asia Timur, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Afrika, usahawan Cina bekerjasama rapat dengan semua pihak dan telah meletakkan asas untuk menjalin hubungan perniagaan dan ekonomi yang  kukuh merentasi sempadan negara”

Ujar Anwar,  lawatan Premier China Li Qiang Jun tahun ini juga mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan China.

“Kita telah meletakkan asas yang kukuh untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor utama dan inovatif baharu yang akan memacu ekonomi kita ke hadapan.”, katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini