comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan jamin hapus peruntukan AUKU sekat kebebasan mahasiswa

Oleh Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan menghapuskan peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu juga akan dibincangkan bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Sekarang ini keputusan kita adalah untuk beri kebebasan akademik dan saya sudah berbincang dengan Khaled (Menteri Pengajian Tinggi). Saya (juga) akan beri jaminan peruntukan yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah akan dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika, program Dialog Anak Muda – Temu Anwar yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Memasuki hari kedua penganjuran program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023), kira-kira 8,000 belia diberi peluang bertanyakan soalan terbuka kepada Perdana Menteri dalam segmen Temu Anwar, hari ini.

24 Februari lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled memaklumkan bahawa kerajaan tiada cadangan untuk memansuhkan AUKU.

Menurutnya, undang-undang itu masih relevan terutama dalam soal pentadbiran universiti dan kerajaan juga terbuka untuk menambah baik serta melibatkan pihak berkepentingan dalam AUKU.

Loading...
Terkini